Sunday, October 19, 2008

sup daging kita




SUP DAGING

bahan-bahannya:-

1 ulas bawang besar } Bahan A
1 cm halia } dikisar halus
10-15 biji lada hitam }
rempah sup 3 sudu besar}

2 biji bunga lawang }
1 batang kulit kayu manis } Bahan B
3 biji buah pelaga }
3 bunga cengkih }


sekilo daging - dipotong kecil
4 biji ubi kentang - dipotong 4 6
daun sup/bawang - dipotong 1 cm
Karet 1 batang - dipotong
1 jag air
sedikit garam

cara-caranya:-

1) Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan A (yang dikisar) bersama-sama dengan bahan B. Masukkan daging . Tumis sehingga aroma bau naik.

2) Masukkan air. Kemudian masukkan ubi kentang dan karet. Biarkan didih. Biarkan daging empuk bersama-sama ubi kentang dan karet.

3) Masukkan garam. Masukkan daun sup/bawang. Biarkan seketika. Tutup api.

4) Siap untuk dihidangkan.


Hidangan untuk 5-7 orang makan.





LAKSAM KELANTAN


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3cwn tpg beras
* 1/2 cwn tpg gandum
* 4cwn air suam
* BAHAN KUAH:
* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa
* 2 halia
* 4 bwg putih
* 3 bwg merah/besar
* 10 biji lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula
* BAHAN ULAM;;
* timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
*CILI:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

;;selamat mencuba ;;

Saturday, October 18, 2008

gulai gua musang



Bahan-Bahan:

Ayam/daging (dibersihkan & dipotong) - lebih sedap guna ikan keli
1 sudu besar asam jawa
½ sudu besar garam
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1 cawan terung belanda (bulat2 kecil)
5 - 6 helai daun kemangi atau daun selasih
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

10 - 15 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 ulas bawang merah

Cara:

1) Ayam/daging dipotong. Sekiranya guna ikan keli perap bersama asam jawa dan garam.
2) Bagi ikan keli gaul sekali-sekala hingga isi ikan berubah putih (tidak hanyir). Cuci dengan air bersih.
3) Kacau santan bersama bahan-bahan dikisar hingga mendidih.
4) Masukkan cili padi, terung belanda dan ayam/daging/ikan. Kacau sehingga hampir masak.
5) Masukkan daun kemangi/selasih, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula. Kacau rata.
6) Didihkan kuah di atas api perlahan hingga pekat dan pecah minyak.
semua iakn boleh masuk,atas minat