Saturday, October 18, 2008

gulai gua musang



Bahan-Bahan:

Ayam/daging (dibersihkan & dipotong) - lebih sedap guna ikan keli
1 sudu besar asam jawa
½ sudu besar garam
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1 cawan terung belanda (bulat2 kecil)
5 - 6 helai daun kemangi atau daun selasih
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

10 - 15 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 ulas bawang merah

Cara:

1) Ayam/daging dipotong. Sekiranya guna ikan keli perap bersama asam jawa dan garam.
2) Bagi ikan keli gaul sekali-sekala hingga isi ikan berubah putih (tidak hanyir). Cuci dengan air bersih.
3) Kacau santan bersama bahan-bahan dikisar hingga mendidih.
4) Masukkan cili padi, terung belanda dan ayam/daging/ikan. Kacau sehingga hampir masak.
5) Masukkan daun kemangi/selasih, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula. Kacau rata.
6) Didihkan kuah di atas api perlahan hingga pekat dan pecah minyak.
semua iakn boleh masuk,atas minat

No comments: